AGENDA

MB: 40 mangsa tanah runtuh ditempatkan percuma di Hotel de' Palma

30 Mei 2020, 7:37 AM
MB: 40 mangsa tanah runtuh ditempatkan percuma di Hotel de' Palma
MB: 40 mangsa tanah runtuh ditempatkan percuma di Hotel de' Palma

AMPANG, 30 MEI: Kerajaan Negeri menyediakan penginapan percuma di Hotel de' Palma Ampang bagi membantu 40 penghuni berikutan kejadian tanah runtuh membabitkan tujuh rumah di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa awal pagi tadi.

"Kerajaan Negeri bersetuju membiayai penginapan kepada semua mangsa yang terlibat di Hotel De Palma," kata Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Twitter hari ini.

Beliau pada sidang media selepas melawat lokasi kejadian hari ini pula berkata semua mangsa ditempatkan di hotel itu selama seminggu susulan arahan supaya penduduk terbabit meninggalkan kediaman serta-merta.

"Kerajaan Negeri akan membantu penghuni yang terkesan dalam tempoh berkenaan manakala Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berusaha mencari penempatan sementara (rumah sewa) untuk mereka.

"Kita menganggarkan kerja baik pulih tanah runtuh ini mengambil masa sekitar enam bulan untuk disiapkan. Justeru dalam tempoh itu penghuni akan tinggal di rumah sewa terlebih dahulu," katanya.

[caption id="attachment_413273" align="aligncenter" width="601"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari meninjau kawasan tanah runtuh di Taman Kelab Ukay Bukit Antarabangsa pada 30 Mei 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Kejadian tanah runtuh jam 2.21 pagi dipercayai berlaku susulan hujan berterusan yang mengakibatkan pergerakan tanah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619