AGENDA

Anwar: KEADILAN sokong Amirudin kekal sebagai menteri besar

29 Mei 2020, 5:51 AM
Anwar: KEADILAN sokong Amirudin kekal sebagai menteri besar
Anwar: KEADILAN sokong Amirudin kekal sebagai menteri besar

SHAH ALAM, 29 MEI: Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN) memberi sokongan penuh kepada Dato' Seri Amirudin Shari untuk meneruskan tugas sebagai menteri besar Selangor.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berkata dakwaan kononnya beliau mahu menerajui negeri itu tidak harus dilayan kerana ia direka bagi mengalih perhatian daripada isu lain.

 

 

“Jangan layan sentuhan sana, sentuhan ini. Ini umpama orang kata dia pengkhianat (tapi) dia nak alih, kata Anwar nak jadi menteri besar Selangor.

"Saya sudah jumpa Amirudin dan bagi tahu pimpinan bagi sepenuh kerjasama dan sokongan pada Amir sebagai menteri besar,” kata ahli parlimen Port Dickson pada siaran langsung di Facebook hari ini.

Pada 22 Mei lalu, pemimpin Umno mendakwa wujud usaha mengangkat Anwar sebagai menteri besar Selangor melalui ‘Langkah Rawang’ tetapi perkara itu dinafikan Chua Wei Kiat, wakil rakyat kawasan itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619