AGENDA

Menteri kesihatan jumpa MB bincang isu Covid-19

29 Mei 2020, 12:12 AM
Menteri kesihatan jumpa MB bincang isu Covid-19

SHAH ALAM, 29 MEI: Dato' Menteri Besar Selangor mengadakan pertemuan dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba bagi membincangkan usaha mencegah penularan Covid-19.

Setiausaha politik kepada Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pertemuan di Kediaman Rasmi Menteri Besar tengah hari semalam turut dihadiri EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud, kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri.

"Perbincangan adalah berkaitan usaha menangani penularan wabak Covid-19 di Selangor. Selain itu, perbincangan turut menyentuh kerjasama Kerajaan Negeri dan KKM dalam penyesuaian norma baharu pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)," kata Borhan Aman Shah dalam kenyataan media.

Borhan yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjong Sepat menafikan sekeras-kerasnya, dakwaan bahawa terdapat pertemuan sulit di antara Dato’ Menteri Besar dengan Dato' Seri Mohamed Azmin Ali dan Dato' Seri Hamzah Zainudin.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619