AGENDA

Sekatan jalan raya diperketat, tiada cubaan rentas negeri

25 Mei 2020, 3:06 PM
Sekatan jalan raya diperketat, tiada cubaan rentas negeri

KUALA LUMPUR, 25 MEI: Memasuki hari kedua Syawal, tiada lagi percubaan oleh pengguna lebuh raya untuk melakukan pergerakan rentas negeri.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata kebanyakan orang awam yang menggunakan lebuh raya hari ini hanya bagi pergerakan dalam negeri.

"Kebanyakan kenderaan bergerak di dalam negeri dan daerah yang sama sahaja iaitu di bawah kawalan. Walaupun tiada percubaan rentas negeri tetapi sekatan jalan raya diperketatkan juga," katanya kepada Bernama.

Tinjauan Bernama di plaza tol utama ibu negara iaitu Plaza Tol Sungai Besi, Plaza Tol Jalan Duta dan Plaza Tol Gombak mendapati ketiga-tiganya dalam keadaan lancar selain tidak terlalu sibuk.

Azisman berkata pergerakan di ketiga-tiga plaza tol berjalan lancar termasuk yang diadakan sekatan jalan raya.

"Alhamdulillah, aliran trafik di ketiga-tiga sekatan jalan raya di plaza tol tersebut berjalan lancar, tiada kesesakan dan jumlah kenderaan sederhana," katanya.

Selain itu, tinjauan Bernama mendapati pihak berkuasa turut menjalankan sekatan jalan raya di laluan masuk ke Kuala Lumpur dari arah utara dan pantai timur iaitu di Plaza Tol Jalan Duta dan Gombak.

Difahamkan polis berbuat demikian bagi mengenal pasti mereka yang mungkin telah melepasi sekatan jalan raya sebelum ini.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619