AGENDA

KKMM sangkal dua berita palsu

20 Mei 2020, 4:42 AM
KKMM sangkal dua berita palsu

SHAH ALAM, 20 MEI: Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menafikan dakwaan pihak tertentu mengenai kebenaran bagi penganjuran Bazar Ramadan di Tanjung Karang seperti tular di media sosial.

Penafian itu dimaklumkan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi Multimedia dalam kenyataan pemakluman berita palsu hari ini.

"MDKS menjelaskan tapak jualan dalam video itu adalah kawasan penjaja berlesen yang diberi kebenaran menjaja dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat mulai 13 Mei dengan syarat pematuhan tatacara operasi piawai.

"Ia termasuk penggiliran hari berniaga, penjarakan sosial dan penetapan waktu berniaga dari jam 3 petang hingga 10 malam sepanjang Ramadan dengan pemantauan berkala dilaksanakan penguat kuasa menerusi kerjasama polis serta Jabatan Sukarelawan Malaysia," katanya.

KKMM juga memaklumkan Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik menafikan polis mengeluarkan arahan larangan pergerakan rentas daerah dan negeri bermula 22 hingga 27 Mei ini kepada semua balai polis dalam negeri itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619