ADN

Haniza edar ayam, sayuran bantu penduduk Lembah Jaya

17 Mei 2020, 4:56 AM
Haniza edar ayam, sayuran bantu penduduk Lembah Jaya

SHAH ALAM, 17 MEI: Ahli Dewan Negeri (ADN) Lembah Jaya mengedarkan 1,000 ekor ayam dan sayuran di tujuh lokasi di Dewan Undangan Negeri (DUN)nya semalam bagi membantu penduduk.

Haniza Talha berkata sumbangan diedar ke beberapa tempat termasuk Pangsapuri Ampang Saujana, Flat Halaman, Pangsapuri Astaria dan Antara Apartment.

“Alhamdulillah, dengan bantuan pegawai di pusat khidmat dan sukarelawan, kami berjaya mengedarkan bantuan itu ke lokasi dan memahami penduduk yang risau akan situasi Covid-19 yang belum kelihatan penghujungnya.

"Tetapi kita perlu terus berdoa supaya tuhan memberikan kita rezeki yang baik, kesihatan dan menghilangkan wabak ini. Saya harap sumbangan kecil ini dapat meringankan beban perbelanjaan penduduk,” kata EXCO Kerajaan Negeri itu menerusi Facebook malam tadi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619