AGENSI

LZS bantu penghidap barah usus, terjejas semasa PKP

17 Mei 2020, 2:16 AM
LZS bantu penghidap barah usus, terjejas semasa PKP
LZS bantu penghidap barah usus, terjejas semasa PKP

SHAH ALAM, 17 MEI: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menghulurkan bantuan segera mulai semalam kepada seorang penjaja yang menghidap barah usus yang terjejas sumber pendapatan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Sejak PKP dikuatkuasakan, lelaki itu hanya mampu berniaga secara kecil-kecilan di hadapan rumah dan kini terputus belanja untuk menanggung empat anak.

"Untuk itu, LZS menyerahkan bantuan segera berjumlah RM500 untuk belanja harian manakala bayaran tunggakan bil hospital, bantuan perubatan, tunggakan ansuran rumah sedang diproses," katanya dalam kenyataan.

LZS berkata pesakit terbabit yang sebelum ini menampung keluarganya dengan berniaga di pasar malam sedang menunggu pengesahan hospital untuk rawatan kimoterapi.

"Sama-sama kita panjatkan doa di malam-malam terakhir Ramadan ini agar ALLAH memberi kelapangan atas segala kesulitan dan ujian yang mereka hadapi," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619