AGENSI

Covid-19: 1,500 sampel di PKPD Jalan Pasar Othman, kes positif kekal seorang

16 Mei 2020, 3:26 PM
Covid-19: 1,500 sampel di PKPD Jalan Pasar Othman, kes positif kekal seorang

SHAH ALAM, 16 MEI: Sebanyak 1,500 keputusan sampel diperoleh melalui saringan Covid-19 di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Jalan Pasar Othman, Petaling Jaya hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata jumlah kes positif masih kekal seorang membabitkan warga tempatan semalam.

"Sehingga semalam, seramai 2,163 disaring membabitkan 1,562 warga tempatan dan 601 bukan warganegara.

"Saringan di Zon A, B dan C sudah selesai sepenuhnya dan keputusan keseluruhan dijangka diketahui esok (17 Mei)," katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menasihatkan penduduk yang terkesan dengan PKPD supaya terus bersabar dan sentiasa memberikan kerjasama kepada semua agensi terlibat.

Katanya orang ramai yang tidak terlibat dengan perintah berkenaan pula perlu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi memutuskan penularan pandemik itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619