AGENDA

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Guru

16 Mei 2020, 5:31 AM
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Guru

KUALA LUMPUR, 16 MEI: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan menzahirkan ucapan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di seluruh negara.

Dalam ucapan itu, Seri Paduka Baginda berdua turut memetik tema hari guru peringkat kebangsaan tahun ini iaitu 'Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu'.

Tema itu menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Seri Paduka Baginda berdua bertitah sedemikian melalui hantaran pada akaun Instagram dan Facebook Istana Negara.

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun dengan tema sambutan tahun ini Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619