AGENSI

Cegah cemar sumber air, Jas Selangor pantau 118 premis

16 Mei 2020, 2:38 AM
Cegah cemar sumber air, Jas Selangor pantau 118 premis

SHAH ALAM, 16 MEI: Jabatan Alam Sekitar (Jas) Selangor menjalankan penguatkuasaan dan pemantauan ke atas 118 premis yang terletak di hulu takat pengambilan air, khususnya di lembangan Sungai Selangor dan Sungai Langat.

Dalam kenyataan hari ini, Jas memaklumkan pemantauan menerusi Operasi Sumber Air Negeri Selangor bermula 20 April hingga 31 Mei dan Ops Raya 2020 (14 hingga 29 Mei) bertujuan mencegah insiden pencemaran sumber air di negeri ini menjelang perayaan Aidilfitri.

"Operasi sumber air dilaksanakan melibatkan beberapa agensi termasuk Lembaga Urus Air Selangor (Luas), pihak berkuasa tempatan, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span), Pengurusan Air Selangor (AiS) dan Indah Water Konsortium (IWK) yang menjalankan penguatkuasaan mengikut bidang kuasa masing-masing," katanya.

Kelmarin, Ketua Pengarah Jas, Norlin Jaafar dilaporkan berkata pasukan tindakan khas Jas bersedia 24 jam bagi menjalankan penguatkuasaan dan siasatan terhadap kes pencemaran dikategorikan sebagai kecemasan serta berkepentingan awam yang memerlukan tindakan segera.

Beliau juga mengingatkan pihak industri dan sektor yang terletak di hulu takat pengambilan air supaya sentiasa memastikan pelepasan air buangan mematuhi piawai.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619