AGAMA

Solat Jumaat, berjemaah boleh dilaksana di WP mulai esok

14 Mei 2020, 8:28 AM
Solat Jumaat, berjemaah boleh dilaksana di WP mulai esok

SHAH ALAM 14 MEI: Solat Jumaat dan berjemaah boleh dilaksanakan di masjid, surau terpilih di Wilayah Persekutuan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) secara berperingkat mulai esok, kata Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Menteri di jabatan perdana menteri (hal ehwal agama) berkata bilangan jemaah tidak kurang daripada tiga orang tidak termasuk imam dan tidak lebih daripada 30 orang.

"Perlu pastikan adanya kawalan daripada pihak berkuasa seperti polis dan pihak berkuasa agama negeri untuk mengawal keadaan.

"Saya berhubung dengan Ketua Polis Negara berhubung hal ini beliau bersetuju untuk memberi kerjasama penuh," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata tatacara operasi piawai (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu dipatuhi sepenuhnya.

"Pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan mengeluarkan garis panduan lebih terperinci untuk makluman," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619