ADN

Ramai anak muda hilang kerja akibat PKP, kerajaan perlu bantu

13 Mei 2020, 1:53 PM
Ramai anak muda hilang kerja akibat PKP, kerajaan perlu bantu

SHAH ALAM, 13 MEI: Golongan anak muda antara paling terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu, kata Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik.

Najwan Halimi berkata ramai mengadu kehilangan sumber pendapatan biarpun mereka dari kalangan individu berkemahiran atau memiliki tahap pendidikan tinggi.

“Ramai anak muda diberhentikan kerja hingga terpaksa menganggur akibat wabak Covid-19 kerana majikan lebih mengutamakan pekerja lama yang dianggap banyak pengalaman.

“Saya sarankan mereka cari peluang yang ada untuk tambah pendapatan seperti membawa Grab. Cuba apa yang ada asalkan ia menjamin rezeki halal," katanya ketika diwawancara menerusi program Cendol Pak Ya, hari ini.

Beliau juga berharap Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada golongan anak muda dalam pelan rangsangan ekonomi akan datang .

“Walaupun ramai mengeluh tapi ia perlu dilakukan. Saya harap lepas PKP ini, kerajaan Persekutuan dan negeri akan memberi sokongan untuk bantu golongan ini,” kata Najwan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619