AGENDA

Ziarah Aidilfitri cuma raya pertama, had maksimum 20

13 Mei 2020, 7:08 AM
Ziarah Aidilfitri cuma raya pertama, had maksimum 20

SHAH ALAM, 13 MEI: Aktiviti ziarah Aidilfitri hanya dibenarkan pada Hari Raya pertama membabitkan ahli keluarga terdekat sahaja, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut memutuskan ziarah Aidilfitri pada hari berikutnya sepanjang Syawal tidak dibenarkan.

"Ziarah hanya pada raya pertama, tidak ada raya kedua, ketiga dan seterusnya. Rumah terbuka juga dilarang mengikut peraturan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)," katanya di Putrajaya hari ini.

Mengenai keputusan kerajaan membenarkan aktiviti ziarah keluarga dalam negeri sama dengan had maksimum 20 orang, Ismail Sabri berkata jumlah itu perlu mengambil kira saiz sesebuah rumah.

"Katakan flat berukuran 600 kaki persegi, 20 satu masa mungkin terlalu ramai dan tak boleh berlaku penjarakan sosial, jadi lima orang saja (satu masa) tetapi maksimum tetap 20 orang sehari.

"Sebenarnya walaupun (pergerakan) sudah dilonggarkan, tujuan kita memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), malah PKPB supaya orang ramai berada di rumah dan mengelak bertemu ramai orang.

"Boleh berhari raya, tetapi kalau boleh ambil inisiatif sendiri untuk elak (bertemu ramai orang)," katanya.

Beliau berkata tatacara operasi piawai (SOP) hari perayaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) itu turut merangkumi Pesta Kaamatan di Sabah dan Hari Gawai di Sarawak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619