AGENSI

Jangan buat pembelian panik, elak harga barang naik

13 Mei 2020, 2:47 AM
Jangan buat pembelian panik, elak harga barang naik

SHAH ALAM, 13 MEI: Penduduk Selangor dinasihat supaya tidak membuat pembelian panik barang keperluan asas kerana stok dan keperluan sedia ada mencukupi.

Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor berkata langkah itu juga dapat mengelakkan kenaikan harga barang keperluan.

"Pemantauan terhadap bekalan barangan #stoppanicbuying terus dilakukan terhadap 91 premis meliputi barangan basah dan kering serta barangan dalam tin supaya bekalan terkawal dan mencukupi.

"Kepada semua pengguna, kami memohon supaya tidak mengulangi #panicbuying (pembelian panik) kerana ia akan mengakibatkan kenaikan harga banyak barangan keperluan," kata agensi tersebut di Facebook.

Sementara itu, KPDNHEP berkata pemeriksaan terperinci terhadap 62 barang terpilih di pasar raya dan pasar basah mendapati tanda harga dipamerkan dengan jelas pada setiap barangan yang dijual.

"Tiada tanda harga mengelirukan dan hasil pemeriksaan dilakukan mendapati harga dipamer sama dengan harga yang dibayar oleh pelanggan.

"Peniaga dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan dan perintah yang dikuatkuasakan KPDNHEP," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619