SELANGOR

MB: Peluang bersenam, taman awam dibuka hingga petang

12 Mei 2020, 8:36 AM
MB: Peluang bersenam, taman awam dibuka hingga petang
MB: Peluang bersenam, taman awam dibuka hingga petang

SHAH ALAM, 12 MEI: Kerajaan Negeri setuju membuka semula semua jenis taman kepada rakyat untuk melakukan aktiviti riadah, kata Dato' Menteri Besar.

Bagaimanapun Dato' Seri Amirudin Shari berkata, aktiviti pendakian dan perkhemahan belum lagi dibenarkan buat masa ini.

"Taman kini dibenarkan untuk rakyat beriadah dari 7 pagi hingga 7 malam. Aktiviti memancing juga dibenarkan," katanya dalam kenyataan selepas perbincangan dengan pelbagai pihak berkuasa negeri susulan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hingga 9 Jun yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut beliau, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor akan mengeluarkan pekeliling lebih terperinci bagi tujuan rujukan dan penguatkuasaan lanjut bermula 13 Mei sehingga 9 Jun.

"Sebarang bentuk aktiviti atau perkara lain yang tidak diperincikan adalah kekal tertakluk seperti digariskan dalam tatacara operasi piawai (SOP) disediakan Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya.

Pada 1 Mei lalu, Muhyiddin mengumumkan pelaksanaan PKPB bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan sejak 18 Mac bagi membendung penularan Covid-19 di negara ini.

PKPB yang sebelum ini dilaksanakan dari 4 Mei hingga 12 Mei lalu membenarkan beberapa sektor ekonomi beroperasi semula, tertakluk kepada SOP Kementerian Kesihatan (KKM), selain orang ramai dibenarkan bergerak melebihi radius 10 kilometer (km) dari kediaman.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619