PBT

MPSJ sumbang 288 pek susu bayi untuk B40

12 Mei 2020, 5:01 AM
MPSJ sumbang 288 pek susu bayi untuk B40
MPSJ sumbang 288 pek susu bayi untuk B40

SHAH ALAM, 12 MEI: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyerahkan sumbangan 288 pek keperluan susu bayi kepada penduduk Pangsapuri Angsana di USJ 1, dekat sini khususnya golongan berpendapatan rendah (B40).

MPSJ berkata sumbangan termasuk kepada warga asing itu bagi meringankan beban mereka yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Sumbangan hasil kerjasama antara Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 4 dan USJ 5RA yang keseluruhannya bernilai RM17,000,” katanya menerusi Facebook hari ini.

[caption id="attachment_409167" align="aligncenter" width="560"] Sejumlah 288 pek susu bayi diagihkan Majlis Perbandaran Subang Jaya kepada penduduk golongan B40 di Pangsapuri Angsana, USJ.[/caption]

Sumbangan disampaikan Ahli Majlis JKP Zon 4 MPSJ, Kamarul Hisham Yeop Hashim. Turut hadir Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze.

MPSJ berkata program itu turut dibantu badan bukan kerajaan (NGO) Dharma Light dan KRT Angsana USJ 1.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619