AGENSI

Jais bantu 400 Orang Asli terkesan PKP Bersyarat

11 Mei 2020, 7:00 AM
Jais bantu 400 Orang Asli terkesan PKP Bersyarat
Jais bantu 400 Orang Asli terkesan PKP Bersyarat

SHAH ALAM, 11 MEI: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyumbang bekalan makanan asas kepada 400 Orang Asli di daerah Petaling yang terkesan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Agensi agama negeri itu memaklumkan program serahan melalui Badan Dakwah Daerah Petaling diserahkan di empat kawasan iaitu di Desa Temuan, Bukit Lanjan dan Damansara Perdana semalam serta di Kampung Rasau Hulu, Batu 14, Puchong diikuti Bukit Bandaraya, Shah Alam esok.

"Sumbangan ini bagi membantu meringankan beban Orang Asli terutama ketika tempoh PKPB yang menyukarkan mereka untuk bergerak selain merapatkan ukhwah antara Jais dan masyarakat berkaitan di daerah ini," kata kenyataan itu.

 

Majlis serahan itu disempurnakan Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Petaling, Hashim Muhamad yang turut dihadiri Pengerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli dan Penggerak Masyarakat Orang Asli.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619