AGENDA

Kemuka dokumen sokongan hilang kerja dalam rayuan BPN

10 Mei 2020, 1:31 PM
Kemuka dokumen sokongan hilang kerja dalam rayuan BPN

PUTRAJAYA, 10 MEI: Pemohon boleh membuat rayuan bagi pertimbangan semula Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dengan mengemukakan dokumen sokongan yang membuktikan kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Seri Dr Sabin Samitah.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata kerajaan menerima aduan antara permohonan BPN yang ditolak adalah daripada pemohon yang telah kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan yang ketara baru-baru ini.

Beliau berkata rayuan boleh dibuat melalui e-mel kepada LHDN (rayuanbpn@hasil.gov.my) atau hadir di mana-mana pejabat LHDN.

Bagi permohonan yang ditolak atas alasan lain termasuk pemohon/pasangan mempunyai syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), mereka boleh membuat rayuan dengan mengemukakan dokumen sokongan yang menunjukkan jumlah pendapatan terkini, katanya.

Sabin berkata tempoh permohonan rayuan bagi BPN dilanjutkan sehingga 31 Mei manakala pejabat LHDN akan dibuka bermula 11 Mei atau 12 Mei berdasarkan hari bekerja di setiap negeri bagi menerima rayuan tersebut.

"Rayuan akan diberi pertimbangan yang sewajarnya bagi memastikan mereka yang menepati syarat BPN akan menerima bantuan tersebut," katanya.

Sabin menjelaskan antara sebab utama permohonan ditolak adalah kerana pemohon mempunyai pendapatan yang melebihi syarat BPN manakala sebab lain, antaranya, kerana tidak mematuhi syarat tertentu seperti kelayakan umur serta status pelajar sepenuh masa.

"Contohnya, terdapat 240,465 permohonan diterima daripada pelajar sepenuh masa sedangkan mereka tidak layak mendapat BPN kerana telah layak mendapat RM200 menerusi bantuan pelajar institusi pengajian tinggi secara sekali beri," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan BPN dengan melayari portal rasmi LHDNM di https://bpn.hasil.gov.my.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619