AGENDA

Kebenaran solat di masjid diumum selepas perkenan Agong - PM

10 Mei 2020, 7:01 AM
Kebenaran solat di masjid diumum selepas perkenan Agong - PM

SHAH ALAM, 10 MEI: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang memperhalusi tatacara operasi piawai (SOP) bagi solat berjemaah di masjid, termasuk solat Jumaat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin

Perdana menteri berkata kerajaan akan mengumumkan kebenaran bersolat jemaah di masjid apabila SOP berkenaan dimuktamad dan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja selaku Ketua Agama Islam Persekutuan dan negeri-negeri untuk diperkenankan.

“Saya tahu ramai umat Islam rindu untuk ke masjid, terutamanya untuk mendirikan solat Jumaat, solat terawih dan solat lima waktu. InsyaAllah, kita doakan keadaan bertambah baik.

“Tambahan pula banyak kawasan hijau di seluruh negara. Dengan pelaksanaan SOP teratur, saya percaya masjid di kawasan ini bersedia dibuka kepada ahli kariah," katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri hari ini.

Tambah beliau kerajaan juga akan mengumumkan SOP tertentu bagi gereja dan rumah-rumah ibadat bagi penganut agama Kristian, Buddha, Hindu, Sikh dan lain-lain.

“Kerajaan akan mengumumkan SOP tertentu untuk membolehkan saudara-saudari yang beragama bukan Islam mengerjakan ibadat di rumah ibadat,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619