AGAMA

Nuzul al-Quran: Jahiliyah berjaya diganti norma baharu - MB

10 Mei 2020, 5:47 AM
Nuzul al-Quran: Jahiliyah berjaya diganti norma baharu - MB

SHAH ALAM, 10 MEI: Norma zaman jahiliyah seperti menanam anak perempuan, pewarisan isteri kepada anak lelaki, dan lain-lain praktis zalim terus diganggu atau mendapat gangguan kesan daripada mukjizat Al-Quran.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata norma jahiliyah itu diganti dengan persaudaraan sesama manusia, menaikkan martabat wanita dan anjakan kepada bibit pembebasan hamba.

Beliau berkata ia berkait rapat dengan keadaan masa kini iaitu apabila virus Covid-19 melanda dunia sekali gus terciptanya norma baharu dalam kehidupan harian setiap individu.

"Diseru kepada umat Islam untuk mengambil kesempatan bagi tingkatkan lagi kefahaman mengenai al-Quran sekali gus menjadi panduan di dalam kehidupan harian.

"Pesanan al-Quran berguna dan masih terpakai untuk kita pada saat pandemik ini menular. Anjuran untuk sentiasa berfikir mampu membuat kita untuk terus merenung dan mengkaji ayat-ayatnya, yakni petanda Tuhan kepada manusia," kata Dato' Menteri Besar dalam Perutusan Nuzul al-Quran, hari ini.

Amirudin berkata kitab suci itu turut mengingatkan manusia untuk peduli terhadap anak yatim, orang miskin dan golongan lemah; menghormati orang tua dan wanita.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619