ADN

265 penduduk DUN Permatang terima baucar Jom Shopping Aidilfitri

9 Mei 2020, 9:50 AM
265 penduduk DUN Permatang terima baucar Jom Shopping Aidilfitri

SHAH ALAM, 9 MEI: Seramai 265 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang menerima baucar Jom Shopping Aidilfitri bagi membeli barang keperluan sempena perayaan yang bakal kunjung tiba.

Ahli Dewan Negerinya Rozana Zainal Abidin berkata serahan baucar RM100 dibuat secara berperingkat mengikut kampung seiring arahan Kerajaan Negeri bagi mencegah penularan Covid-19.

"Adalah menjadi harapan saya agar semua peserta dapat mengamalkan jarak sosial, memakai pelitup muka dan cecair pembasmi kuman sewaktu urusan membeli belah," katanya melalui hantaran di Facebook.

Penerima terlibat adalah dari Kampung Seri Tiram Jaya, Kampung Sungai Gulang-Gulang, Kampung Blok EQSW, Kampung Parit Serong, Kampung Permatang dan Kampung Ujong Permatang.

Program di DUN tersebut berakhir hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619