PBT

Kilang operasi secara haram, EXCO beri amaran keras

9 Mei 2020, 8:58 AM
Kilang operasi secara haram, EXCO beri amaran keras

SHAH ALAM, 9 MEI: Selangor memberi amaran kepada semua pengusaha kilang tanpa lesen di negeri ini untuk menghentikan operasi atau berdepan tindakan tegas.

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) akan tetap melakukan pemantauan di sebalik kesibukan menangani wabak Covid-19.

"Walaupun kini memasuki peringkat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan PKPB Diubahsuai di Selangor, kilang sisa plastik tetap diharamkan seperti sebelum ini.

"Kilang yang tidak mempunyai lesen, pelan bangunan, Kebenaran Merancang serta Laporan Kajian Impak Alam Sekitar dari Jabatan Alam Sekitar harus disita," katanya kepada SelangorKini.

Sze Han turut menyarankan orang awam membuat laporan segera jika mendapati ada kilang plastik haram beroperasi di kawasan mereka.

"Kerjasama antara PBT dan orang awam sangat penting dalam membanteras kegiatan yang akan menjejaskan kehidupan orang awam," katanya lagi.

Semalam, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) menyita sebuah kilang kitar semula plastik yang beroperasi secara haram selepas menerima aduan orang ramai.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619