AGENDA

TUDM hantar pulang 19 rakyat tempatan bebas Covid-19

9 Mei 2020, 1:37 AM
TUDM hantar pulang 19 rakyat tempatan bebas Covid-19

KUALA LUMPUR, 9 MEI: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan penerbangan membawa pulang 19 rakyat Malaysia dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang disahkan bebas Covid-19 setelah selesai menjalani kuarantin 14 hari di pusat kuarantin sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

TUDM dalam kenyataan memaklumkan kesemua mereka terdiri daripada penuntut universiti dan yang bekerja di luar negara itu turut menjalani saringan kesihatan sebelum menaiki pesawat pengangkut A400M dan berlepas dari Pangkalan Udara Subang di sini, semalam.

"Menerusi penerbangan itu, TUDM menghantar mereka di tiga lokasi iaitu ke Kuching, Kota Kinabalu dan Labuan sebelum penghantaran ke lokasi penempatan di daerah kediaman masing-masing yang diuruskan agensi di bawah kerajaan negeri dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

"Selain penghantaran pulang individu berkenaan, pesawat A400M turut melaksanakan penghantaran barang-barang bantuan alatan perubatan, barangan keperluan peralatan perlindungan diri (PPE) serta makanan ke Labuan, Sabah dan Sarawak,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut, sehinggga kini TUDM, melalui enam penerbangan telah menghantar pulang 159 rakyat Malaysia berasal dari Labuan, Sabah serta Sarawak yang pulang dari luar negara.

Penghantaran itu adalah usaha sama melibatkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan TUDM.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619