AGENDA

Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Wesak, rai kebiasaan baharu

7 Mei 2020, 3:01 AM
Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Wesak, rai kebiasaan baharu

KUALA LUMPUR, 7 MEI: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menzahirkan ucapan Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.

Baginda berdua bertitah penularan wabak Covid-19 bukan sahaja membawa cabaran baharu kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan kepercayaan, malah turut mewujudkan suasana baharu dalam kehidupan harian.

“Semoga hari yang bermakna kepada penganut agama Buddha ini disambut dengan kebiasaan baharu dan dengan mengutamakan keselamatan diri, keluarga dan masyarakat.

“Bersabarlah menghadapi cabaran ini dan marilah bersama memainkan peranan membantu memerangi wabak Covid-19,” menurut baginda berdua dalam hantaran akaun Instagram Istana Negara hari ini.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619