BERITA UTAMA

Sultan Selangor seru rakyat biasakan norma baharu

5 Mei 2020, 8:19 AM
Sultan Selangor seru rakyat biasakan norma baharu

SHAH ALAM, 5 MEI: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru rakyat terus membiasakan diri dengan amalan norma baharu ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sultan Sharafuddin bertitah walaupun perintah kawalan kini diberi kelonggaran membuka semula sektor ekonomi tetapi rakyat diingatkan kekal berhati-hati menjalankan rutin harian.

"Beta ingin mengingatkan rakyat supaya terus membiasakan amalan norma baharu iaitu keluar dari rumah hanya bila perlu, tidak berhimpun atau menganjurkan rumah terbuka sepanjang Syawal, memakai pelitup muka, kerap mencuci tangan serta sentiasa amalkan penjarakan sosial jika perlu berurusan di tempat awam.

"Umat Islam juga diminta menyambut Aidilfitri kali ini dalam keadaan sederhana tanpa perlu merentas negeri untuk pulang ke kampung," titah baginda menerusi Facebook Selangor Royal Office.

Pada masa sama, Sultan Sharafuddin turut mengingatkan warga emas atau individu yang tidak sihat agar duduk sahaja di rumah bagi memastikan rantaian pandemik itu dapat diputuskan.

"Beta mendoakan agar keadaan kembali pulih dan kita mampu untuk menangani penularan wabak ini sebaik mungkin," titah baginda.

Sementara itu, Sultan Selangor turut menzahirkan terima kasih dan tahniah kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus menjalankan tugas masing-masing dalam memastikan wabak itu dapat dikurangkan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619