AGENDA

Anwar: Perketat undang-undang tangani kes pemandu mabuk

5 Mei 2020, 8:15 AM
Anwar: Perketat undang-undang tangani kes pemandu mabuk

SHAH ALAM, 5 MEI: Presiden Keadilan menggesa kerajaan meminda undang-undang agar hukuman lebih berat dikenakan ke atas individu yang memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kecederaan atau kematian.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia perlu dipandang serius supaya kematian Koperal Safwan Muhammad ketika bertugas membuat sekatan jalan raya di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) pada 3 Mei lalu tidak berulang.

"Undang-undang perlu diketatkan, kita harus tegas terhadap pemandu mabuk dan cuai ketika memandu. Sebab itu pentingnya Parlimen bersidang.

"Menteri pengangkutan harus fikir untuk meminda undang-undang dan laksanakan hukuman berat terhadap pemandu mabuk dan mereka yang cuai ketika memandu," katanya ketika bersiaran langsung di Facebooknya hari ini.

Semalam, Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong berkata tidak mempunyai sebab untuk pemandu memandu dalam keadaan mabuk sebaliknya mereka boleh menggunakan perkhidmatan e-panggilan.

"Tiada sebab untuk seseorang memandu dalam keadaan mabuk kerana kita sudah ada e-panggilan yang mempunyai 120,000 pemandu. Mereka sepatutnya menggunakan perkhidmatan ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619