AGENSI

PKNS bantu tiga asnaf terkesan perintah kawalan

5 Mei 2020, 3:04 AM
PKNS bantu tiga asnaf terkesan perintah kawalan

SHAH ALAM, 5 MEI: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyampaikan sumbangan bernilai RM14,250 kepada tiga komuniti asnaf di negeri ini, semalam yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Anak syarikat Kerajaan Negeri itu dalam kenyataan memaklumkan sumbangan diberikan adalah berupa barangan keperluan asas bagi memudahkan kelangsungan hidup mereka.

"Ini adalah sebahagian program tanggungjawab sosial korporat kami di bawah jenama Kasih PKNS dan nilai sumbangan adalah hasil peruntukan sebahagian wang zakat perbadanan," katanya.

Antara penerima terbabit ialah daripada kalangan penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Dagang, Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Taman Keramat dan ahli kariah Masjid Darul Tahsis, Pulau Carey.

Ia disampaikan Ketua Pegawai Korporat PKNS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Wang Zakat PKNS, Siti Zubaidah Abd Jabar di Dataran Barat, SACC Mall, Shah Alam di sini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619