AGENSI

KPDNHEP Sepang pantau barang keperluan asas, bekalan cukup

4 Mei 2020, 3:22 AM
KPDNHEP Sepang pantau barang keperluan asas, bekalan cukup

SHAH ALAM, 4 MEI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sepang menjalankan pemantauan terhadap 25 barangan keperluan asas di sebuah premis di daerah itu semalam yang didapati masih mencukupi.

KPDNHEP dalam kenyataan memaklumkan pemeriksaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terhadap bekalan penutup hidung dan mulut serta cecair pembasmi kuman juga mencukupi tanpa berlaku pembelian panik.

"Pemeriksaan turut dilakukan terhadap resit dan invois pembelian barangan bagi mendapatkan maklumat harga serta memastikan peniaga tidak mengambil keuntungan yang kurang munasabah," kata hantaran menerusi Facebook.

KPDNHEP turut mengingatkan peniaga untuk terus mengamalkan etika perniagaan yang baik dan mematuhi peraturan manakala pengguna dinasihatkan untuk sentiasa bijak dalam berbelanja.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619