AGENDA

Hati-hati penipu cipta laman sesawang mirip milik kerajaan, bank

2 Mei 2020, 1:06 AM
Hati-hati penipu cipta laman sesawang mirip milik kerajaan, bank

KUALA LUMPUR, 2 MEI: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menasihatkan orang ramai berhati-hati dengan kegiatan penipuan yang cuba memperdayakan pengguna dengan mencipta laman sosial dan laman sesawang yang mirip milik agensi kerajaan dan pihak bank.

Ketua Pegawai Operasi FOMCA, T. Saravanan berkata penipuan berkenaan menggunakan kemahiran dalam teknologi dan mencipta laman sesawang dan media sosial seakan mirip Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan bank untuk memperdaya pengguna yang kesempitan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Penipu akan mencari pengguna yang rentan terutama warga emas yang terhimpit pada masa kini.

"Sehubungan itu pengguna dinasihatkan supaya menyemak terlebih dahulu maklumat yang mereka terima sama ada melalui sistem pesanan ringkas (SMS), panggilan telefon mahupun e-mel," katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata pengguna juga dinasihatkan supaya tidak memberi butiran peribadi seperti nombor akaun bank, nombor kad pengenalan dan sebagainya kepada mana-mana pihak.

"Sila hubungi bank atau mana-mana pihak yang cuba bertanyakan maklumat peribadi anda sekiranya anda menerima pesanan daripada bank mahupun LHDN," katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619