AGENSI

Kenali isu ganas rumah tangga, seminar IWB bermula esok

1 Mei 2020, 6:50 AM
Kenali isu ganas rumah tangga, seminar IWB bermula esok
Kenali isu ganas rumah tangga, seminar IWB bermula esok

SHAH ALAM, 1 MEI: Institut Wanita Berdaya (IWB) menganjurkan Siri Sihat Selamat Selangor yang memfokuskan isu keganasan rumah tangga bermula esok hingga 20 Mei depan.

Agensi itu memaklumkan seminar dalam talian dengan kerjasama Organisasi Pertolongan Wanita (WAO) akan membincangkan isu keselamatan khususnya bagi kaum hawa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang boleh ditonton menerusi aplikasi Zoom dan Facebook Live IWB.

"Rumah adalah tempat berehat dan peluang untuk berasa selamat bagi ramai orang. Tetapi tak semua mempunyai rasa sedemikian," katanya dalam kenyataan menerusi Facebook.

Program Siri Sihat Selamat Selangor itu akan bermula esok dengan siri pertama, 'Kenali: Oh, Macam Itu Rupanya Keganasan Dalam Keluarga' bermula jam 11 pagi hingga 12 tengah hari.

Ia diikuti pada 6 Mei, dengan siri kedua, 'Kendali: Bila Ada Keganasan Dalam Keluarga, Kita Nak Buat Apa Ya?' dan siri ketiga (13 Mei) dengan tajuk, 'Kaitkan: Siapa Lagi Yang Patut Tolong Bila Ada Keganasan Dalam Keluarga?'.

Manakalaa pada minggu akhir, siri keempat (20 Mei) bertajuk, 'Tempat Selamat: Kita Semua Ada Hak Untuk Bebas Dari Keganasan'.

Orang ramai yang berminat boleh membuat pendaftaran di https://linktr.ee/iwbselangor dan klik pada bahagian Siri Sihat Selamat Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619