EXCO

MPAJ, jabatan hutan bina laluan air atasi banjir lumpur

1 Mei 2020, 2:04 AM
MPAJ, jabatan hutan bina laluan air atasi banjir lumpur
MPAJ, jabatan hutan bina laluan air atasi banjir lumpur

SHAH ALAM, 1 MEI: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Jabatan Hutan Selangor akan membina laluan air di bukit berdekatan Taman Ampang Saujana bagi mengatasi masalah banjir lumpur di kawasan berkenaan, kata EXCO perumahan.

Haniza Talha berkata ia bertujuan untuk mengalirkan air hujan ke saluran parit monsun terdekat kerana antara sebab utama banjir adalah taburannya yang semakin banyak dan sistem perparitan yang tidak diselenggara.

"Saya mendapat aduan penduduk berkenaan banjir lumpur disebabkan hujan lebat sejak beberapa hari di kawasan perumahan ini yang terletak betul-betul bersebelahan dengan bukit," katanya dalam kenyataan.

Semalam, Haniza bersama Yang Dipertua MPAJ, Dato' Abdul Hamid Hussain membuat lawatan ke Taman Ampang Saujana bagi mencari penyelesaian.

Haniza berkata beliau juga meminta pihak berkenaan membersihkan longkang berdekatan untuk memudahkan aliran air ke parit.

"Untuk penyelesaian jangka panjang, MPAJ akan membuat kolam takungan di dalam kawasan bukit tersebut untuk menakung air hujan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619