AGENDA

Kerajaan bincang SOP solat tarawih dan Jumaat esok

29 Apr 2020, 3:16 PM
Kerajaan bincang SOP solat tarawih dan Jumaat esok

SHAH ALAM, 29 APRIL: Kerajaan akan bermesyuarat esok berhubung tatacara operasi piawai (SOP) solat tarawih dan Jumaat di masjid sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mesyuarat khas menteri-menteri akan membincangkan beberapa perkara termasuk hukum penjarakan sosial daripada sudut agama ketika solat jemaah, lapor Berita Harian.

"Menteri agama akan terbabit dalam mesyuarat ini. Banyak SOP akan dibincang kerana ramai orang bertanya sama ada boleh atau tidak solat tarawih contohnya duduk satu meter di masjid dan pelbagai soalan lagi.

"Jadi kita minta menteri agama tampil dengan SOP dalam menentukan apakah solat Jumaat dan tarawih dibenarkan dengan penjarakan satu meter," kata menteri kanan (kluster keselamatan) pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri berkata kerajaan memberi kelonggaran dalam fasa keempat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun ia dilaksanakan secara berperingkat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619