AGENDA

Sektor swasta laksana 22,081 ujian Covid-19, hanya 84 positif

29 Apr 2020, 10:02 AM
Sektor swasta laksana 22,081 ujian Covid-19, hanya 84 positif

SHAH ALAM, 29 APRIL: Sebanyak 22,081 ujian saringan Covid-19 dijalankan sektor swasta setakat ini bagi mengesan jangkitan wabak.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah tersebut, hanya 84 kes dikesan positif.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memantau ujian Covid-19 yang dijalankan sektor swasta yang sentiasa bersama-sama dengan KKM untuk memutuskan rantaian wabak ini," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Pada 1 April lalu, Dato' Menteri Besar berkata beberapa hospital swasta sedia menubuhkan pasukan sukarelawan untuk melakukan ujian saringan besar-besaran Covid-19 terhadap kumpulan sasar sebagai tanggungjawab sosial korporat mereka.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata perkembangan positif itu hasil perbincangan anak syarikat Kerajaan Negeri Selgate Corporation yang mempunyai data khusus mengenai kawasan tumpuan wabak.

Selangor melaksanakan inisiatif Saringan Komuniti Covid-19 di enam kawasan bermula 11 hingga 23 April lalu. Sebanyak 5,433 sampel diuji dengan 10 daripadanya disahkan positif Covid-19 termasuk lapan kes tanpa gejala.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619