PBT

Penghantar makan di MDKS perlu berdaftar, ambil suntikan tifoid

29 Apr 2020, 9:31 AM
Penghantar makan di MDKS perlu berdaftar, ambil suntikan tifoid

SHAH ALAM, 29 APRIL: Penghantar makanan yang beroperasi dalam kawasan Majlis Daerah Kuala Selangor perlu berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut, kata yang dipertuanya.

Rahilah Rahmat berkata penghantar makanan perlu mengisi borang menerusi pautan http://www.mdks.gov.my/, selain hanya dibenarkan beroperasi di lokasi yang didaftarkan atau pergerakan tidak melebihi radius 10 kilometer.

"Penghantar makanan juga disyaratkan mendapatkan suntikan tifoid yang mana kos suntikan adalah dalam tanggungan pemohon sendiri. Langkah MDKS ini selaras dengan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mencegah penularan Covid-19.

"Pemohon yang memenuhi syarat ditetapkan akan diberikan pas pendaftaran makanan yang akan dimaklumkan menerusi e-mel rider.mohon@mdks.gov.my, " katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Rahilah berkata maklumat lanjut berhubung peraturan tersebut boleh didapati menerusi pautan https://drive.google.com/open id=1sGuNitoSvaKz9hZ5LxOHvg99I7FV0YOk

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619