ADN

Seri Kembangan peruntuk RM10,000 beli alat nyahcemar

27 Apr 2020, 5:56 AM
Seri Kembangan peruntuk RM10,000 beli alat nyahcemar

SHAH ALAM, 27 APRIL: Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan memperuntukkan RM10,000 bagi membeli peralatan mesin untuk operasi nyahcemar bagi mencegah Covid-19, kata Ahli Dewan Negerinya.

Ean Yong Hian Wah berkata langkah itu diambil atas permintaan penduduk dan pihak pengurusan beberapa pangsapuri yang kurang berkemampuan, bagi memastikan kebersihan di DUN seterusnya bebas daripada wabak berkaitan.

"Selain itu, ia juga bagi membantu kerajaan yang mungkin kekurangan jentera untuk melakukan proses nyahcemar di seluruh kawasan dalam sesuatu daerah.

"Justeru, kita sebagai wakil rakyat perlu fikir alternatif untuk melaksanakannya dengan sejumlah peruntukan bagi menampung kosnya," katanya kepada SelangorKini.

Proses nyahcemar dengan kerjasama pasukan Bomba Sukarela sudah bermula sejak pertengahan Mac lalu yang dilakukan secara berperingkat mengikut kawasan di DUN berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Hian Wah turut memuji kebanyakan penduduk yang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ditetapkan kerajaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619