PBT

MPSJ jahit hampir 2,000 pelindung kepala, bantu petugas hadapan

26 Apr 2020, 3:09 AM
MPSJ jahit hampir 2,000 pelindung kepala, bantu petugas hadapan

SHAH ALAM, 26 APRIL: Sukarelawan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) berjaya menyiapkan 1,991 peralatan perlindungan diri (PPE) sejak 14 April hingga Khamis lalu untuk dibekalkan kepada petugas barisan hadapan, kata yang dipertuanya.

Noraini Roslan berkata ia untuk kegunaan golongan berkaitan yang bertugas di pusat kesihatan berhampiran dan idea membuat pelindung kepala dengan tenaga kerja 15 sukarelawan tercetus ketika hadir di Klinik Kesihatan Seri Kembangan, mendapati doktor serta jururawat terpaksa menjahitnya sendiri sehingga menganggu tugasan hakiki.

"Saya difahamkan mereka perlu menyiapkan kira-kira 1,000 helai sebulan namun atas kekangan tugasan, tidak mampu menghasilkan kuantiti disasarkan.

"Justeru, bagi meringankan beban kami bercadang mencari sukarelawan lagi bagi membantu menyiapkan PPE ini. Rata-rata mereka ada yang menjahit di Kompleks 3C, Bandar Sunway dan rumah masing-masing," katanya dalam kenyataan semalam.

Sehingga semalam, 1,681 pelindung kepala telah diserahkan kepada wakil Klinik Kesihatan Seri Kembangan, Dr Nur Hidayah Mustafa manakala selebihnya akan dihantar ke Pejabat Kesihatan Daerah untuk diedarkan ke Klinik Kesihatan serta hospital memerlukan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619