AGENSI

Polis Selangor tahan lebih 4,000 individu ingkar PKP

24 Apr 2020, 1:49 PM
Polis Selangor tahan lebih 4,000 individu ingkar PKP

SHAH ALAM, 24 APRIL: Polis menahan seramai 4,072 individu kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini sejak fasa pertama bermula 18 Mac lalu.

Jurucakap Ops Covid-19 Polis Selangor Asisten Komisioner Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata pihaknya membuka 1,855 kertas siasatan berhubung perkara itu manakala 2,357 pemeriksaan dilakukan serta 2,744 individu diberi nasihat dan amaran.

"Masyarakat dinasihatkan agar sentiasa mematuhi PKP supaya usaha membendung Covid-19 dapat dicapai," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Sementara itu, Muhammad Yazid yang juga Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor berkata seorang pemandu lelaki berusia 42 tahun direman dua hari selepas merempuh sekatan jalan raya di Plaza Tol Sungai Besi, kelmarin.

Beliau berkata, polis terpaksa mengejar suspek selama 45 minit sebelum dapat menahannya, tiada sebarang kecederaan berlaku namun peralatan sekatan jalan raya mengalami kerosakan.

"Kejadian ini disebabkan sikap kurang sabar ketika melalui sekatan jalan raya namun orang ramai diminta bersabar kerana ia dilakukan demi mengehadkan pergerakan dalam usaha mengekang penularan Covid-19," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619