AGENSI

Zakat fitrah boleh dibayar secara dalam talian mulai hari ini - LZS

24 Apr 2020, 5:38 AM
Zakat fitrah boleh dibayar secara dalam talian mulai hari ini - LZS
Zakat fitrah boleh dibayar secara dalam talian mulai hari ini - LZS

SHAH ALAM, 24 APRIL: Zakat fitrah boleh dibayar secara dalam talian bermula hari ini, kata ketua pegawai eksekutif Lembaga Zakat Selangor.

Saipolyazan M.Yusop berkata bayaran berkenaan boleh dibuat menerusi laman web, https://fpx.zakatselangor.com.my/v2/.

Katanya pada portal tersebut, pembayar zakat perlu mengisi maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan pilih jenis zakat.

"Kemudian akan terpapar nilai bayaran zakat fitrah mengikut jenis beras iaitu RM7, RM14 atau RM21. Terdapat dua pilihan kaedah pembayaran samaada ‘Financial Process Exchange (FPX) atau JomPay.

"Sebelum bayaran diteruskan, pembayar perlu membaca akad niat zakat fitrah seperti yang tertera pada layar skrin," katanya kepada SelangorKini.

Selain itu LZS turut menyediakan kemudahan pembayaran menerusi sembilan perbankan internet iaitu Public Bank, Hong Leong Bank, Maybank, CIMB, Ambank, Bank Rakyat, RHB, Bank Islam dan Alliance Bank.

"Bayaran turut boleh dibuat menerusi Portal MyEg, Pos Online dan aplikasi e-dompet seperti GoPayz dan Boost.

"Bagi tujuan semakan dan mencetak penyata bayaran zakat yang telah dilakukan, pembayar zakat boleh layari https://ezo.zakatselangor.com.my," katanya.

Jelas Saipolyazan, pembayaran dalam talian itu dibuat bagi mengambil kira situasi wabak Covid-19 dan juga Perintah Kawalan Pergerakan pada masa ini.

"Ini bagi memudahkan umat Islam menunaikan zakat, bukan sahaja zakat fitrah malahan zakat harta pada bulan Ramadan," katanya.

Kadar Zakat Fitrah yang ditetapkan di Selangor ialah RM7 seorang, ia selaras kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri yang mengekalkan kadar fitrah pada tahun ini di Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619