AGENDA

Rakyat jadi keutamaan, Selangor pantau 24 jam situasi wabak

23 Apr 2020, 3:20 AM
Rakyat jadi keutamaan, Selangor pantau 24 jam situasi wabak

SHAH ALAM, 23 APRIL: Penjawat awam di Selangor yang juga petugas barisan hadapan membantu memastikan segala tindakan dan keputusan negeri berjalan seragam.

Kerajaan Negeri dalam kenyataan berkata usaha tersebut dilaksanakan melalui Bilik Gerakan Covid-19 Selangor yang beroperasi setiap hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Petugas barisan hadapan akan bertugas setiap hari semasa krisis Covid-19. Menerusi Bilik Gerakan Covid-19, kami memantau keadaan dan situasi di Selangor 24 jam, tujuh hari seminggu. Rakyat Selangor adalah keutamaan kami.

"Bantulah petugas barisan hadapan dengan duduk di rumah dan mematuhi PKP. Penentu nasib Covid-19 di Malaysia di tangan anda," kata kenyataan itu.

Kerajaan Negeri turut berkongsi video bagi mendapatkan gambaran berhubung situasi harian di Bilik Gerakan Covid-19 yang berpusat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

[video width="1920" height="1080" mp4="https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2020/04/WhatsApp-Video-2020-04-22-at-8.09.22-PM.mp4"][/video]

 

Kerajaan Selangor membuka Bilik Gerakan Covid-19 bagi membantu menyelesaikan masalah rakyat sepanjang tempoh PKP.

Bilik gerakan tersebut diberi kuasa oleh Jawatankuasa Keselamatan Negeri yang dipengerusikan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619