AGENDA

PSRA, taksiran hafazan, Sijil Kafa Menengah tahun ini dibatalkan

22 Apr 2020, 9:40 AM
PSRA, taksiran hafazan, Sijil Kafa Menengah tahun ini dibatalkan

SHAH ALAM, 22 APRIL: Kerajaan Selangor memutuskan Penilaian Sijil Rendah Agama (PSRA), Pentaksiran Hafazan Al-Quran (PPTQ) dan peperiksaan Sijil Kafa Menengah (SKM) pada tahun ini dibatalkan.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata peperiksaan yang dikelolakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan digantikan dengan kaedah pentaksiran lain.

"Kerajaan Negeri turut menetapkan bahawa Sijil Menengah Agama (SMA), Sijil Menengah Agama Tahfiq Quran (SMATQ) dan Sijil Menengah Agama Tarbiyah Diniah (SMATD) ditunda ke suku pertama 2021.

"Semua peperiksaan awam Jais ini akan dilaksanakan semula sepenuhnya apabila keadaan kembali pulih dan selamat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia membatalkan pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) bagi subjek bertulis di seluruh negara yang dijadualkan pada 28 September hingga 1 Oktober.

Kementerian Pendidikan Malaysia pada 15 April lalu membatalkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah dan Pentaksiran Tingkatan Tiga pada tahun ini manakala tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Vokasional Malaysia ditunda kepada suku pertama 2021.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619