AGENDA

Pasar Agro Selangor pandu lalu di Bangi lancar

22 Apr 2020, 9:28 AM
Pasar Agro Selangor pandu lalu di Bangi lancar
Pasar Agro Selangor pandu lalu di Bangi lancar

SHAH ALAM, 22 APRIL: Pasar Agro Selangor di Laman Komuniti Bandar Baru Bangi berkonsep pandu lalu dan tempahan awal bermula hari ini beroperasi lancar.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) memaklumkan program pasar segar terawal yang berlangsung pada Rabu dan Ahad itu bertujuan menyediakan barang keperluan dan hasil tani kepada penduduk setempat berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Ia membabitkan penjualan tujuh komoditi terpilih dengan disertai 14 usahawan. Sempena hari pertama program, Fama mengadakan kempen lebihkan makan buah-buahan," katanya menerusi Facebook.

[caption id="attachment_403293" align="aligncenter" width="601"] Fama menyerahkan buah-buahan kepada petugas barisan hadapan sempena operasi hari pertama Pasar Agro Selangor di Laman Komuniti Bandar Baru Bangi. - Foto FB Fama[/caption]

Agensi itu turut menyerahkan buah-buahan kepada 100 anggota petugas barisan hadapan serta 100 pengunjung terawal sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Antara barangan segar dijual adalah ayam, ikan, daging, sayur dan buah-buahan yang mana pesanan dibuka mulai jam 8 pagi hingga 3 petang menerusi WhatsApp ke 011-33372170.

Sembilan lokasi lain Pasar Agro Selangor ialah Holysmoke Cafe Seksyen 13 Shah Alam, Restoran Mak Uda Seksyen 15 Shah Alam, Mad About Cafe Petaling Jaya, selain Pusat Operasi Fama di Dengkil, Puchong, Kuala Selangor dan Sabak Bernam serta pasar tani kekal Selayang dan My Farm Outlet Putrajaya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619