AGENDA

Cemar Sungai Selangor, premis ternak keli diroboh

22 Apr 2020, 2:10 AM
Cemar Sungai Selangor, premis ternak keli diroboh

SHAH ALAM, 22 APRIL: Premis menternak ikan keli yang dikesan punca Sungai Selangor tercemar minggu lalu hingga menyebabkan gangguan bekalan air di Lembah Klang, disita dan dirobohkan, Isnin lalu.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memaklumkan tindakan diambil Pejabat Daerah dan Tanah Gombak dalam satu operasi yang turut disertai pegawai bahagian penguatkuasaannya.

"Tindakan perobohan dan penyitaan adalah isyarat jelas bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil ke atas mana-mana pihak yang mencemarkan sumber air di negara ini," katanya melalui hantaran Facebook.

Loji Rawatan Air Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2), Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas hingga menyebabkan gangguan bekalan air selama dua hari di sekitar Lembah Klang yang pulih sepenuhnya 19 April lalu.

Dato Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata pemilik kolam berkenaan bakal dikenakan tindakan tegas berikutan masih beroperasi walaupun diarahkan tutup pada Februari lalu.

Arahan itu dikeluarkan kerana ia turut menjadi pencemaran Sungai Selangor pada 13 Februari lalu, namun dapat dikesan awal.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619