PBT

MBPJ-UiTM kerjasama jahit sut khas bantu petugas hadapan

22 Apr 2020, 12:08 AM
MBPJ-UiTM kerjasama jahit sut khas bantu petugas hadapan
MBPJ-UiTM kerjasama jahit sut khas bantu petugas hadapan

SHAH ALAM, 21 APRIL: Sebanyak 131 pakaian perlindungan diri (PPE) fasa pertama dihasilkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bersama Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM) sejak 8 April lalu.

[caption id="attachment_403013" align="alignleft" width="500"] Datuk-Bandar MBPJ Dato' Mohd Sayuthi Bakar melihat proses jahitan PPE untuk diserahkan kepada petugas barisan hadapan. Foto Facebook MBPJ[/caption]

MBPJ dalam kenyataan di Facebook memaklumkan PPE tersebut diserahkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Klang bagi membantu mengurangkan risiko petugas barisan hadapan yang merawat kes Covid-19.

"Usaha murni ini diteruskan lagi untuk fasa kedua bermula 14 April lalu untuk disumbangkan kepada Hospital Sungai Buloh.

"Buat masa ini proses menjahit sedang giat dilaksanakan oleh 10 peserta di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar dari Pusat Aktiviti Penjanaan Pendapatan Komuniti Bandar MBPJ di Lembah Subang 1 dan Flat PKNS Taman Dato Harun," kata kenyataan itu.

Kenyataan sama turut memaklumkan peserta yang terlibat dalam proses tersebut diberi upah RM5 bagi sehelai pakaian yang dijahit.

Pada masa sama, kakitangan Jabatan Penguatkuasaan MBPJ turut menghasilkan kira-kira 1,000 unit pelindung muka untuk diserahkan kepada agensi terlibat menangani Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619