AGENDA

Peniaga e-bazar Ramadan tetap kena suntikan vaksin anti-tifoid

21 Apr 2020, 12:29 PM
Peniaga e-bazar Ramadan tetap kena suntikan vaksin anti-tifoid

SHAH ALAM, 21 APRIL: Pengendali e-bazar Ramadan perlu mendapatkan suntikan vaksin anti-tifoid dan mengikut peraturan ditetapkan Kementerian Kesihatan, kata ketua pengarahnya.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata syarat itu menjadi garis panduan tetap yang perlu dipatuhi setiap peniaga mengendalikan makanan.

"Jika mereka pengendali makanan, sudah pasti perlu mengikut peraturan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan termasuk suntikan anti-tifoid dan sebagainya.

"Peraturan itu memang ada dan mereka perlu patuhi," katanya dalam sidang media harian perkembangan Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619