AGENDA

Lahad Datu daerah ke-30 zon merah Covid-19

19 Apr 2020, 6:15 AM
Lahad Datu daerah ke-30 zon merah Covid-19
Lahad Datu daerah ke-30 zon merah Covid-19

SHAH ALAM, 19 APRIL: Lahad Datu menjadi daerah ke-30 diisytihar zon merah Covid-19 selepas merekodkan 42 kes setakat jam 12 tengah hari semalam.

Berdasarkan infografik Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), setakat ini terdapat 16 kawasan zon jingga, 76 zon kuning serta 25 zon hijau di seluruh negara.

"Walaupun berlaku penurunan kes baharu Covid-19, jangan kita ambil mudah dan langgar Perintah Kawalan Pergerakan," kenyataan ringkas KKM dipetik di Twitter hari ini.

Menurut angka CPRC, jumlah kes Covid-19 di seluruh negara ketika ini sebanyak 5,305 berbanding 5,251 kes kelmarin.

KKM menetapkan kawasan yang lebih 40 kes sebagai zon merah, manakala zon jingga 21 hingga 40 kes. Tiada kes dianggap zon hijau, sementara 1 hingga 20 kes pula zon kuning.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619