AGENSI

PKP: Padah gunting rambut, lima lelaki ditahan

19 Apr 2020, 1:01 AM
PKP: Padah gunting rambut, lima lelaki ditahan

SHAH ALAM, 19 APRIL: Polis menahan lima lelaki yang sedang menunggu giliran untuk menggunting rambut di sebuah kedai gunting yang beroperasi tanpa kebenaran di Gombak, semalam.

Kesemua mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditahan di sebuah premis di Batu 8 Jalan Lama Gombak, kira-kira jam 3 petang.

Menurut kenyataan di Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, aktiviti itu disedari sepasukan anggota Balai Polis Gombak yang menjalankan tugasan Op Covid-19 di kawasan tersebut.

"Serbuan dijalankan ke atas kedai itu kerana beroperasi tanpa kebenaran dan terdapat lima lelaki sedang memotong rambut dan menunggu giliran.

"Pihak polis mendapati mereka sengaja tidak mematuhi PKP, seterusnya ditahan dan dibawa ke Balai Polis Gombak untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Pada 13 April lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melarang operasi kedai gunting rambut, salun kecantikan dan kedai cermin mata di seluruh negara sepanjang pelaksanaan PKP.

Keputusan itu dibuat selepas kerajaan mengambil kira pandangan dan maklum balas daripada pakar, badan bukan kerajaan dan rakyat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619