AGENDA

Zon merah Covid-19 naik, Kulai daerah ke-29

18 Apr 2020, 4:13 AM
Zon merah Covid-19 naik, Kulai daerah ke-29
Zon merah Covid-19 naik, Kulai daerah ke-29

SHAH ALAM, 13 APRIL: Kulai menjadi daerah ke-29 diisytihar sebagai zon merah Covid-19 selepas merekodkan 41 kes setakat 12 tengah hari semalam.

Mengikut angka Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), daerah itu mencatatkan pertambahan tiga kes, dengan jumlah kes di seluruh negara ketika ini 5,251.

"Terus patuhi Perintah Kawalan Pergerakan, duduk di rumah, (amalkan) penjarakan sosial termasuk di tempat kerja dan kerap basuh tangan," kenyataan ringkas KKM dipetik di Twitter.

Lembah Pantai terus mencatatkan kes tertinggi iaitu 604, meningkat 12 kes berbanding kelmarin diikuti Hulu Langat (446) dan Petaling (371).

Setakat ini, hanya Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Terengganu belum merekodkan zon merah di daerah masing-masing.

Selangor masih mencatat bilangan kes Covid-19 tertinggi di seluruh negara iaitu 1,338 berbanding 1,329 kes, kelmarin.

KKM menetapkan kawasan yang lebih 40 kes sebagai zon merah, manakala zon jingga 21 hingga 40 kes. Tiada kes dianggap zon hijau, sementara 1 hingga 20 kes pula zon kuning.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619