AGENDA

Ujian Kafa batal, Jakim fikir kaedah pentaksiran baharu

17 Apr 2020, 5:57 AM
Ujian Kafa batal, Jakim fikir kaedah pentaksiran baharu

SHAH ALAM, 17 APRIL : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) bagi subjek bertulis di seluruh negara dibatalkan, kata menteri hal ehwal agama.

Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata ujian itu sepatutnya dijadualkan pada 28 September hingga 1 Oktober ini.

Jelasnya, keputusan pembatalan itu kerana mengambil kira keselamatan dan kesihatan murid terjamin.

"Pembatalan UPKK tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid kerana mereka sudah mengikuti pendidikan Kafa bermula tahun satu hingga enam di peringkat rendah.

"Malah, potensi mereka juga boleh dinilai dengan pelbagai kaedah lain. Jakim akan tetapkan satu kaedah pentaksiran baharu bagi menggantikan ujian bertulis ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) pada 15 Mac lalu membatalkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun ini.

KPM juga mengumumkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ditangguhkan kepada 2021 ekoran penularan Covid-19 di negara ini.

Langkah itu diambil bagi memastikan rantaian jangkitan wabak itu diputuskan dengan sepenuhnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619