AGENSI

Jais minta bilal umum solat tarawih di rumah

17 Apr 2020, 3:33 AM
Jais minta bilal umum solat tarawih di rumah

SHAH ALAM, 17 APRIL: Bilal perlu membuat pengumuman meminta semua ahli kariah menunaikan solat tarawih di rumah selepas azan Maghrib dan Isyak sepanjang Ramadan ini, kata Jabatan Agama Islam Selangor.

Pengarahnya Mohd Shahzihan Ahmad berkata hanya imam, bilal dan siak yang bertugas boleh menunaikannya di masjid dan surau, namun menggunakan pembesar suara di dalam ruang solat sahaja.

"Nota Khas Panduan Pelaksanaan Solat Sunat Tarawih di rumah dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Jais akan dihebahkan dalam masa terdekat,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Mohd Shahzihan berkata imam, bilal dan siak boleh melaksanakan tadarus al-Quran selepas solat tarawih menggunakan pembesar suara luar menara, namun tidak melebihi jam 10.30 malam.

“Pengurus masjid boleh mengambil inisiatif mengadakan tazkirah secara langsung di Facebook masjid masing-masing pada waktu yang difikirkan sesuai seperti sebelum atau selepas Zuhur, sebelum azan Isyak atau selepas solat sunat tarawih.

“Masjid daerah dan masjid diraja boleh memasang bacaan ayat al-Quran 15 minit sebelum azan Maghrib menggunakan pembesar suara luar pada kadar sederhana,” katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619