AGENDA

Covid-19: KKM kenal pasti bantuan warga emas di pusat jagaan

16 Apr 2020, 11:40 AM
Covid-19: KKM kenal pasti bantuan warga emas di pusat jagaan

SHAH ALAM, 16 APRIL: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk mengenal pasti bantuan kepada warga emas yang tinggal di institusi jagaan, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham berkata pihaknya prihatin terhadap kesihatan warga emas yang berada di pusat jagaan terutama bagi institusi mempunyai ramai penghuni dan mengalami kesukaran mengamalkan jarak sosial selamat.

"Susulan itu, kementerian bekerjasama rapat dengan KPWKM dengan membangunkan garis panduan untuk pusat jagaan rumah orang tua, awam dan swasta mengenai pandemik Covid-19.

"Pengurusan kesihatan berhubung pencegahan Covid-19 di Rumah Sri Kenangan dan Rumah Ehsan turut dipantau bersama-sama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Bagi mengurangkan risiko jangkitan, beliau berkata warga emas digalakkan menggunakan perkhidmatan penghantaran ubat melalui pos (UMP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.

Katanya bekalan ubat bagi penyakit berkaitan boleh dihantar terus ke rumah warga emas berkenaan tanpa memerlukan mereka mengunjungi hospital berdekatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619